Perjanjian Setan
Mak Senah mati kutu,kepalanya rungsing dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam jumaat.malam sabtu,mahupun malam raya.Dalam mimpinya,Mak Senah didatangi seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat.Mak Senah memang kenal benar dengan lembaga lelaki yang acap kali merenungnya tajam dan bermuka bengis itu.Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu Mak Senah berasa takut dan menggigil seperti Amid bin Ramid jirannya yang menghidap demam denggi lagaknya.Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak Senah.Kerungsingannya itu menarik perhatian Esya anak perempuannya yang sulung itu.Puas Esya bertanya namun Mak Senah sedaya upaya mengelak.
“Mak penat sangat…tak ada apa nak,” Mak Senah tahu jawapannya itu tidak mampu mengurangkan kecurigaan Esya.Mak Senah tidak mahu Esya tahu lebih-lebih lagi melibatkan masa depan anak daranya yang seorang itu.Mak Senah menyesal akan segala perbuatannnya yang tutut mengheret anak kesayangannya itu bersama sekali.Mak Senah sedar lambat laun Esya akan dapat mengetahui dan menerima akibat dari ketelanjurannya membuat perjanjian dengan lelaki berjambang tebal dan berpakaian serba putih yang selalu hadir dalam mimpi Mak Senah.
Esya akan menjadi korban lantaran ketamakan dan nafsu materialistiknya sendiri.Dan hari ini,si lelaki berjambang itu akan datang menuntut Esya.Tiba tiba Mak Senah kesesakan nafas memikirkannya dan matanya membengkak terlalu penat untuk ditahan tahan lagi.Mak Senah lelah dan longlai apabila lelaki berjanggut tebal dan berpakaian serba putih itu datang setelah sekian lama mengganggu lena Mak Senah.
“Esya terpaksa kau korbankan! Kau tidak ada masa lagi,” wajah lelaki itu bertindih-tindih terpancar kemarahan yang amat, sangat.Mak Senah merayu sambil berlinangan air mata.
“Berilah aku masa”
“Tolonglah tuan,,”
Esya tidak tahan melihat emaknya meronta-ronta bagai kerasukan lagaknya.Entah igauan apa yang menerobos ruang mimpi emaknya itu.Semenjak kematian ayahnya Pak Hussein Tempoyak kira-kira lima tahun yang lalu,tidak sekali Mak Senah berkelakuan begini.Esya percaya ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh emaknya.
“Sehingga suatu hari Mak Senah berasa tidak tertanggung lagi derita didatangi lelaki berjanggut tebal dan berpakaian putih itu menuntut janji.Mak Senah dalam resah dan ketakutan menjelaskan perkara sebenarnya kepada Esya dengan perasaan berkecamuk.
“Maafkan mak,,Esya.Maafkanlah mak,,”
“Mengapa mak?” tanya Esya dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sebenarnya mak sudah terlajak kata,,mak dah melakukan perjanjian dengan……….”
“Esya diam tidak mencelah,membiarkan Mak Senah menyudahkan cerita dengan payah.Esya sebenarnya sudah sedikit tahu…..melalui kata-kata yang terpacul dalam igauan Mak Senah.Sedikit sebanyak Esya mendengar butir halus perkataan yang disebut emaknya.Berderau hati Esya mendengarnya.
Selepas itu,Esya banyak berdiam dan menjauhkan diri daripada Mak Senah.Esya benar-benar mengutuk perbuatan emaknya,namun jiwanya yang panas bertukar menjadi sejuk sesejuk air milo ais mendengar kata-kata emaknya kali ini.Esya telah bersedia menanggung segala akibat perbuatan Mak Senah walaupun dirinya terpaksa dikorbankan jika itu mampu melepaskan emaknya daripada derita sengsara selama ini.
“Esya anak mak,sebenarnya mak banyak berhutang kain dengan mamak Pakistan Rasyeed Ali nama diberi yang selalu datang kerumah kita tu,”
“Sebagai ganti,si Rasyeed Ali tu berkehendakkan Esya menjadi isterinya.”
Esya ternganga namun dalam hatinya berbunga ceria, mana tidaknya,mamak Pakistan yang selalu mencuri pandang tiap kali datang berniaga kain dan permaidani itu bakal menjadi suaminya.Esya mengalih muka,mengukir senyuman riang…sambil berlari-lari anak ayam ke bilik.Mak Senah terkebil-kebil.
Sayup kedengaran suara Esya dari dalam biliknya,
“Esya sudi mak!”
Mak Senah mengurut dada….pasti malam ini tidurnya akan lena.
SETEL…