Isnin, 27 Jun 2011

Tatkala Oghe Klate Bersuara.....






Dialog 1:
masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha


Dialog 2:
masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam.. "Ayang.. camne dah "siol" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strep(straight) td"

Dialog 3:
member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....


Dialog 4:
ade sorang awek ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest tanye " nape takde api ni"
awek ni " maaf cik,black out.api berJENTAP"


Dialog 5:
Dalam sebuah komuter...

“abang boleh KENSOT sikit tak?saya nk duduk RETEP.”


Dialog 6:
nak citer etek eh... baru lepas guling bating nih... gilosss laa ... lawak giler....

ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar.. so nak kecek luar gok laa.... dia tanya budak2 tu... ' mak ada tak? ' .. budak tu jawab.. " takdi mak ada di tanah .. dia cakap nak gi ke tembak beli lauk..... "

Dialog 7:
haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu v balik rm 2..so dio ni oyak ar, "mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Dialog 8:
aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe
gi lah beli air....pah tu tanyo mokcik tu...
"kak.....ada " PLETIM" dop??"

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"


Dialog 9:
dulu ado skali kak aku suruh beli camboh, aku gi la kedai mamak bowoh rumoh kak aku, mamak 'nak beli camboh singgit'.


Dialog 10:
tringak ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli baghe...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggey repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...

Sabtu, 25 Jun 2011

PERIHAL FILEM-FILEM MELAYU, CINA DAN INDIA

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
  • Cinta.
  • Cinta 3 segi.
  • Cinta 4 segi.
  • Anak-anak rebut harta pusaka.
  • Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa baku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Yang benar,

Ah yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).

Perjanjian SETAN

Mak Renah mati kutu,kepalanya rungsing dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam jumaat.malam sabtu,mahupun malam raya.Dalam mimpinya,Mak Renah didatangi seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat.Mak Renah memang kenal benar dengan lembaga lelaki yang acap kali merenungnya tajam dan bermuka bengis itu.Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu Mak Renah berasa takut dan menggigil seperti Amid bin Ramid jirannya yang menghidap demam denggi lagaknya.Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak Renah.Kerungsingannya itu menarik perhatian Nora anak perempuannya yang sulung itu.Puas Nora bertanya namun Mak Renah sedaya upaya mengelak.
“Mak penat sangat…tak ada apa nak,” Mak Renah tahu jawapannya itu tidak mampu mengurangkan kecurigaan Nora.Mak Renah tidak mahu Nora tahu lebih-lebih lagi melibatkan masa depan anak daranya yang seorang itu.Mak Renah menyesal akan segala perbuatannnya yang tutut mengheret anak kesayangannya itu bersama sekali.Mak Renah sedar lambat laun Nora akan dapat mengetahui dan menerima akibat dari ketelanjurannya membuat perjanjian dengan lelaki berjambang tebal dan berpakaian serba putih yang selalu hadir dalam mimpi Mak Renah.
Nora akan menjadi korban lantaran ketamakan dan nafsu materialistiknya sendiri.Dan hari ini,si lelaki berjambang itu akan datang menuntut Nora.Tiba tiba Mak Renah kesesakan nafas memikirkannya dan matanya membengkak terlalu penat untuk ditahan tahan lagi.Mak Renah lelah dan longlai apabila lelaki berjanggut tebal dan berpakaian serba putih itu datang setelah sekian lama mengganggu lena Mak Renah.
“Nora terpaksa kau korbankan! Kau tidak ada masa lagi,” wajah lelaki itu bertindih-tindih terpancar kemarahan yang amat, sangat.Mak Renah merayu sambil berlinangan air mata.
“Berilah aku masa”
“Tolonglah tuan,,”
Nora tidak tahan melihat emaknya meronta-ronta bagai kerasukan lagaknya.Entah igauan apa yang menerobos ruang mimpi emaknya itu.Semenjak kematian ayahnya Pak Hussein Lempoyang kira-kira lima tahun yang lalu,tidak sekali Mak renah berkelakuan begini.Nora percaya ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh emaknya.
“Sehingga suatu hari Mak Renah berasa tidak tertanggung lagi derita didatangi lelaki berjanggut tebal dan berpakaian putih itu menuntut janji.Mak Renah dalam resah dan ketakutan menjelaskan perkara sebenarnya kepada Nora dengan perasaan berkecamuk.
“Maafkan mak,,Nora.Maafkanlah mak,,”
“Mengapa mak?” tanya Nora dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sebenarnya mak sudah terlajak kata,,mak dah melakukan perjanjian dengan……….”
“Nora diam tidak mencelah,membiarkan Mak Renah menyudahkan cerita dengan payah.Nora sebenarnya sudah sedikit tahu…..melalui kata-kata yang terpacul dalam igauan Mak Renah.Sedikit sebanyak Nora mendengar butir halus perkataan yang disebut emaknya.Berderau hati Nora mendengarnya.
Selepas itu,Nora banyak berdiam dan menjauhkan diri daripada Mak Renah.Nora benar-benar mengutuk perbuatan emaknya,namun jiwanya yang panas bertukar menjadi sejuk sesejuk air milo ais mendengar kata-kata emaknya kali ini.Nora telah bersedia menanggung segala akibat perbuatan Mak Renah walaupun dirinya terpaksa dikorbankan jika itu mampu melepaskan emaknya daripada derita sengsara selama ini.
“Nora anak mak,sebenarnya mak banyak berhutang kain dengan mamak Pakistan Rasyeed Ali nama diberi yang selalu datang kerumah kita tu,”
“Sebagai ganti,si Rasyeed Ali tu berkehendakkan Nora menjadi isterinya.”
Nora ternganga namun dalam hatinya berbunga ceria, mana tidaknya,mamak Pakistan yang selalu mencuri pandang tiap kali datang berniaga kain dan permaidani itu bakal menjadi suaminya.Nora mengalih muka,mengukir senyuman riang…sambil berlari-lari anak ayam ke bilik.Mak Renah terkebil-kebil.
Sayup kedengaran suara Nora dari dalam biliknya,
“Nora sudi mak!”
Mak Renah mengurut dada….pasti malam ini tidurnya akan lena.
SETEL…

Sebab-Sebab Penjara Pudu Ditutup...Kisah Benar!!!!!!!

sebab sebab penjara pudu sukar ditutup..... .

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa hairan bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "

udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....

Tahniah kerana minat membaca.

amin&alan

Kul 12mlm..amid & alan pulang dari keje,naek teksi..kje byk kt opis,blk pun lewat,sblum ni x pernah mcmni,selalu blk pun naek kereta alan..tapi kereta dah takde,kene curik..

Alan : eh,betol ke org cakap kt sini de teksi berhantu?? Ade dengar x??

Amid : Ade dengar.. diorg cakap..die jmput pnumpang tu,pastu die menjelma jd antu..bau busuk..muke huduh.. pastu isap darah org plak tu.. nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni..

Alan : 1st time aku blk keje naek teksi ni..aku rase Laen mcm plak..debar2 jek..something wrong ni.. ah..!! biar la..jgn pkir bkn2..tahyul2..

Amid : tau..x pe.. haa..!! tu teksi tu..tahan2..

Pemandu Teksi : Nk blk mne dik?? Korang ni last passenger abg ni..jgn jauh2 da la..

Alan : kitorg nk ke subang..USJ1 bang..apartment permai..tau x bang?? Boleh la bang..jauh cket jek.. bole ye bang..

Pemandu Teksi : Eh..!! jauh tu dik dari pandan ni..jauh nye kje..dari subang ke pandan..

Amid : sbelum ni naek kereta bang..arini jek naek teksi..bole ye bang..

Pemandu Teksi : Naek Lah..cian aku tgok korg ni..

Alan & Amid : Mekasih bang.. Hehe..!!

Si brader teksi ni pun bukak la cite..

Pemandu Teksi : korg pernah dengar cite teksi hantu kt sini x??

Alan & Amid : Pernah..nape bang?? Betol ke cite ni??

Pemandu Teksi : eh..betul la.. korang ni x caye ek bende2 mcmni?? Memang ade pun..pnumpang yg naek tu akan terhidu bau busuk dari teksi tu..itu tande2 nye la..pastu teksi tu akan benti kat tmpt sunyi,gelap..pmandu die pun akan menjelma jadi lembaga itam yg bsar & bertaring..pastu lembaga tu akan isap darah pnumpang tu.. haa.. mcm tu la cite nye..

Alan : yeke..malang la nasib sape yg kene tu..hehe.. sy x caye la bende2 ni bang..tahyul-mahyul jek..

Amid : (sambil berbisik)..oii..mangkuk..pehal cabul sgt mulut ko ni?? Ntah2 brader teksi ni antu tu.. Laen mcm jek aku tgok.. die pun arif bercerita..mcm die jek antu tu.. takut aku..

Alan : hahahahahaha.. wat lawak la ko ni..

Pemandu Teksi : Pe yg lawak nye dik?? Gelak besar lagi tu?? Jgn maen2 dik..dgn bende2 halus ni.. hehehe..

Lepas kene tegur..amid & alan pun terdiam..tiba2 terbit 1 bau yg agak busuk,menusuk dlm kalbu sanubari hidung diorg..

Amid : (sambil berbisik)..wei..ko bau x ape yg aku bau?? Bulu roma tengkuk aku da tegak2 ni..Laen mcm jek..abg teksi ni senyap jek.. wei..aku takut La..

Alan : (sambil berbisik).. eh..ko jgn takut,kalau kau takut..aku pun takut..memang ade bau pun..jgn die benti kt depan tu dah..tempat tu sunyi,gelap..

Tibe2 teksi tu benti kat tempat gelap tu..sunyi jek suasane nye..

Maka..

Alan & Amid : Aaahhh..sudaahh..!! knape benti bang??

Pemandu Teksi : hehehe..tempat sunyi ni elok benti..gelap,x de orang..x de sape2 nmpak.. hehehe.. korang duduk sini diam2.. hehehe..

Alan & Amid : Hah..!! Alamak tok..!! jgn isap darah kami tok,kami x kawin lagi.. kursus kawin baru je daftar,tu pun kelas die x pegi Lagi.. ampun kan kami tok.. waa..waa..

Pemandu Teksi : Tok?? eh..apahal korang ni..?? aku nak gi berak la kat semak tu,kang terang2 kang orang nampak..eh!! aku sakit perut la..makan jering&petai tghari tadi..ko x bau ke kentut aku tadi?? Lagipun sini bukan ade toilet pun.. dah..dah.. lepas kaki aku..siap melutut,merayu Lg ni.. ape kes?? eishh..!! Lepas2..berak dLm seluar plak aku kang..!! eish..!!

Alan & Amid : Hah?? Laa..!!

toing!!!!

gila....

seorang jururawat yang baru bekerja di hospital bahagia tanjung rambutan yang ingin mengenali pesakitnya lebih mendalam telah melawat para pesakit di wad itu secara benrsendirian.....
Di bilik yang pertama.. jururarawat itu melihat pesakit yang pertama melekatkan dirinya di dinding...
jururawat : pakcik... apa pakcik sedang buat tue?....
orang gila 1 : oooo... pakcik sedang mejalankan tugas khidmat masyarakat nie...
jururawat : tugas apa tue pakcik?..
orang gila 1 : oooo... pakcik kan spiderman... baik ko diam.. nanti aku tembak ngan sarang labah2 baru ko tau.
jururawat : sian .... gila nak jadi superhero lak...
Di bilik yang kedua.. jururarawat itu melihat pesakit yang kedua menaggalkan bajunya dan meperagakan dirinya di atas katil...
Jururawat : pakcik... pakcik sedang buat apa tue ?...
orang gila 2 : oooo... takkan ko tak tengok... kan pakcik nie ahli bina badan... so pakcik tengah masuk pertandingan la nie..
Jururawat : yer ker pakcik..... pakcik masuk sukan apa ...
orang gila 2 : sukan olimpik.....
Jururawat : oooo... sian gila sukan rupanya...
Di bilik yang ketiga.. jururarawat itu melihat pesakit yang ketiga sedang duduk bersila di atas katil......
Jururawat : pakcik... kenapa termenung jer.... pakcik ada masalah ker...
orang gila 3 : ermm... naper kamu nak tau....kamu nak dengar ker masalah pakcik...
Jururawat : ermm... kan saya nie bertanggungjawab ke atas semua pesakit disini... mesti la nak...
orang gila 3 : ermm... kalau kamu nak... kamu tutup pintu dulu dan kunci.... nanti orang curi dengar lak
Jururawat : ok... saya dah buat... so pakcik cerita la sekarang
tetiba jer orang gila tue berdiri dan menanggalkan pakaiannya satu persatu hingga tinggal seluar dalam jer...
Jururawat : Pakcik .. kenapa pakcik buat camnie... seram saya tau... pakcik nak jadi superman ker... pakai seluar dalam jer
orang gila 3 : takla .... sebenarnya pakcik teringin nak rogol awak..... hehehehe..
Jururawat : ooooo.... sian gila seks rupanya.... APAAAAAAAAA?.... ARGHHHHHHHHHHHHHHH......TOLONG2......tak nak....

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Cerita seram bukit putus..SERAM!!

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…

Jumaat, 24 Jun 2011

Kisah seram di KLCC

Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yang menjadi kemegahan kini. Pernah terjadi pada satu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka untuk kegunaan ramai. Seorang pegawai yang bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Tole kanan dah tak ada orang, toleh kiri pun dah tak ada orang lagi, tengok jam di tangan dah pukul tiga lebih. Maka lelaki ni pun bergegaslah untuk turun ke bawah. Kebetulan pula pejabatnya di tingkat 40, kalau nak diikutkan time ni dah tak patut ada orang lagi dah. Lelaki ni pun melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba saja lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni mula tak sedap hati. Sampai di tingkat 56, lif tiba-tiba berhenti. Berdegup kencang jantung lelaki itu. Masuk sorang perempuan cantik, memang tak pernah pun dilihat sebelum ni. Melangkah masuk saja diiringi dengan bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ni memang dah tak tenteram. Bau wangi ni pun dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menuju ke tingkat bawah. Sampai saja ke tingkat 18 tetiba saja lif berhenti. Tetiba juga lampu lif terpadam. lelaki ni mula panik. serentak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat di baca apa yang terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang..Dengan muka kemerahan, perempuan itu berkata "he...he....he..... maafkan saya... Tadi saya terkentut"

Lawak Seram

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 5 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata :"Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 2 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"Nkorang nampak bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".

Rabu, 22 Jun 2011

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)

Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah

Ahad, 19 Jun 2011

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je..

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

p/s: betul ke cmni?? (*_*)

Professor Atheist Berdebat Dengan Pelajar Mengenai Kewujudan Tuhan.

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?


(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.



*Cerita ini dikatakan cerita benar, dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Isteri Curang Gara-Gara Facebook...

SATU kajian rambang mendapati Facebook terdedah kepada undangan berisiko. Atau dengan ayat yang lebih keras, Facebook merosakkan pemikiran pengguna yang tidak berdisiplin.Ironinya pengasas Facebook dalam usaha mencari ketenangan telah mencipta sesuatu yang kemudiannya meminta orang-ramai memberikan sokongan sebagai satu cara mengalihkan kesedihan kerana baru berpisah dengan teman wanita.
Siapa percaya kegagalan yang dilalui oleh pengasas Facebook ini rupa-rupanya ada hikmahnya kerana ia membuka peluang kepada satu kejayaan sebagai seorang usahawan internet.
Seperti yang umum ketahui, laman sosial ini berpejabat di Palo Alto, Amerika Syarikat dan mula diperkenalkan kepada umum pada bulan Februari 2004 oleh penciptanya Mark Zuckerberg.
Hari ini Mark sudah menjangkau usia 26 tahun tetapi waktu konsep penemuannya menemui orang ramai, Mark belumpun tamat ijazah pertama. Hal ini mengingatkan kita kepada Bill Gates dan Steve Jobs yang dianggap “school drop out” sewaktu mereka muncul sebagai sang genius komputer.

Konsep Internet
Laman maya ini, konsepnya kalau mengikut kaca mata Barat, ia satu pengalihan dari laman “chatting” yang sia-sia kepada laman “sosial” yang lebih berfokus. Ini kerana mengikut penciptanya: “internet bukan lagi merupakan pengalaman peribadi dan tersembunyi, tetapi merupakan satu tenunan sosial, iaitu manusia berkongsi pengembaraan digital harian mereka dengan bukan sahaja kawan-kawan tetapi dengan seluruh dunia.”
Walau bagaimana sekalipun, Facebook yang menjadi gergasi media sosial kini terpaksa berdepan dengan krisis kepercayaan di kalangan para penggunanya termasuklah pengguna di negara ini.
Baru-baru ini sekumpulan pengguna dalam peratus yang agak besar di Amerika Syarikat telah menutup laman sosial mereka kerana tidak puas hati dengan tiadanya jaminan terhadap maklumat peribadi mereka yang diberikan oleh syarikat yang mengendalikan Facebook ini.
Untuk rekod juga, pada mulanya laman ini diperkenalkan kepada para pelajar Universiti Harvard. Dalam tempoh percubaan, jam pertama daripada empat jam Facebook menemui para pelajar secara online, kira-kira 450 orang pelanggan melayari dengan 22,000 gambar pelajar ditonton.
Tanpa mereka sedari sejarah terlakar apabila buat pertama kalinya para pelajar dapat maklumat pertama melihat identiti sebenar pelajar yang turut memenuhi ruang Facebook. Dalam sekelip mata, separuh dari masyarakat Universiti Harvard menjadi pelanggan Facebook.
Tiga tahun lalu, Collins English Dictionary terpaksa memasukkan entri perkataan Facebook sebagai satu perkataan baru, tahun berikut perkataan “unfriend” iaitu jika kita klik perkataan ini bermakna kita tak mahu berkawan dengan orang itu, pula dimasukkan sebagai satu perkataan baru.

Facebook & Kita
Cara hidup dan budaya di luar negara tidaklah sama dengan kita. Sebagai pengguna, ibubapa serta masyarakat di negara ini mulai dibenih dengan iklim kebimbangan. Budaya baru ini merebak begitu pantas sepantas api yang membakar padang lalang.
Dalam alaf ini, budaya inilah yang paling cepat mendidik jiwa pengguna sepantas kilat yang menyambar langit. Keterbukaan laman ini menyebabkan ibubapa sudah tidak lagi boleh mendidik menggunakan rotan dan tangan apatah lagi menggunakan ugutan.
Anak-anak sudah petah menyampaikan permasalahan mereka kepada umum untuk dibaca, dinilai dan mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah yang dialami. Cakap-cakap ibubapa sudah tidak diendahkan, kini kanak-kanak yang menghuni dunia Facebook, mempunyai “rakan” yang lebih pakar dalam membantu mereka menyelesaikan masalah.
Bagi mereka yang dikelaskan sebagai aktivis sosial, (juga aktivis politik), laman ini ada baik buruknya bergantung kepada isu-isu yang dijaja. Isu agama serta isu kaum adalah isu yang sering diperdebatkan.
Tidak keterlaluan jika kita katakan isu-isu ini yang membakar hati dan jantung pengguna sehingga melahirkan budaya perdebatan dan perkelahian siber dengan menggunakan bahasa kesat, biadap dan tidak terfikir oleh akal yang rasional.
Pertemuan dengan seorang lelaki yang sudah lapan tahun berumahtangga minggu lepas membuka minda untuk melihat Facebook dari sudut yang lebih terarah. Perkahwinan yang dipupuk atas dasar cinta pandang pertama akhirnya mencapai jalan buntu - bercerai talak satu dan kini hidup bersama-sama tiga orang anak. Isterinya seorang wanita yang persis wajah bintang filem, tinggi lampai dan berwajah pan-asian serta bekerjaya.
Sebagai usahawan dalam bidang IT, banyak masa dihabiskan bertemu pelanggan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ketiadaannya tidak dirasai oleh sang isteri kerana sejak bertemu Facebook, laman ini menjadi pengubat rindu. Melalui Facebook, dia dan isteri melayari bahtera kebahagiaan.
Tetapi tanpa disedari melalui Facebook juga, isterinya bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Dan seperti dalam filem-filem yang “unhappy ending”, isterinya menjalin hubungan asmara dengan teman di dalam Facebook, juga seorang lelaki yang sudah beristeri.
Mereka saling mencurah perasaan dan akhirnya terjebak dalam satu perangkap yang tak menghancurkan rumah tangga mereka semuanya gara-gara perkenalan melalui Facebook.
Bagi anak-anak yang berjauhan dengan keluarga, hidup mereka seolah-olah bebas dari perhatian ibu bapa. Mereka sanggup menghabiskan banyak masa dengan berchatting dan bermain Farmville semata-mata kerana keasyikan dan keseronokan sehinggakan Farmville ini sudah menjadi satu ketagihan. Akibatnya waktu solat kian terabai dan waktu bersama keluarga semakin merosot.

Abai Keluarga
Ada pula yang sanggup berkawan di laman sembang siber dengan kenalan baru sepanjang-panjang waktu lapang tetapi untuk menelefon ayah dan ibu di kampung untuk sekadar bertanyakan khabar jauh sekali.
Masa dengan ibubapa sudah menjadi seolah-olah tidak lagi berharga berbanding masa dengan teman-teman di laman sembang dan sosial seperti Facebook ini. Linangan air mata orang tua tidak sama dengan ketagihan berchatting hingga lewat malam.

Natijahnya mudah - isteri yang mahu mencium bau syurga usahlah melebarkan jaringan kawan semata-mata kerana kesunyian dan mahu bertukar-tukar fikiran. Niat baik tidak semestinya dikabul dengan kebaikan kerana kawan-kawan yang baru dikenali melalui Facebook tidak mudah untuk dikenali.

Ramai yang menyamar identiti semata-mata kerana tidak mahu identiti sebenar mereka terbongkar. Mereka mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah. Biar kita kurang jaringan persahabatan daripada kita terjaring di dalam kemaksiatan dan hidup di dalam kepura-puraan.
Nota Kaki: Jika ada anggota keluarga anda, sama ada suami atau isteri terutama anak-anak gadis asyik “chatting” hingga lewat malam, elok diperhatikan mereka agar tidak terjerumus ke lembah yang tidak kita ingini.

SEJARAH GUAL IPOH

Kg. Gual Ipoh mula dibuka sekitar tahun 1940-an oleh penduduk Melayu tempatan. Pada asalnya, terdapat lombong emas di kawasan pembalakan dan Kg. Sokor yang berdekatan dengan Mukim Gual Ipoh. Disebabkan terdapat banyak peluang pekerjaan di sini menyebabkan Kg. Gual Ipoh menjadi tumpuan orang Melayu untuk membina penempatan. Maka dari situ bermulalah penempatan penduduk yang kemudiannya berpecah menjadi kampung-kampung kecil di sekitar mukim Gual Ipoh. Kg. Gual Ipoh mendapat nama daripada sepohon pokok. Di awal pembukaan, kampung ini dikelilingi oleh bukit bukau dan hutan. Pada waktu itu, penduduk awal kampung ini mendakwa terdapat sebatang pokok besar yang dipanggil Pokok Ipoh. Getah pokok ini digunakan oleh orang Asli untuk disapu pada senjata untuk berburu binatang.

DIALOG RUMAH TANGGA

Penulis : Ntah..ho ho
DIALOG 1

SUAMI : " Yam. Abang rasa nak beli motor la. Leceh la pakai keta pegi kerja"
ISTERI : " Mana kita ada duit nak beli motor ni bang"
SUAMI : " Kita jual la keta tu. Abang pun dah tak mampu nak bayar bulan - bulan"
ISTERI : " Apa abang kata? Tak mampu bayar bulan - bulan?
SUAMI : " Haah kenapa Yam?
ISTERI : " Selama ni keta tu saya yang bayar bulan - bulan tau!"

DIALOG 2

ISTERI : " Bang. Saya ada beli alat mekap yang baru tau"
SUAMI : " Mekap yang lama dah abis ke?"
ISTERI : " Ada lagi tapi yang ni kalau abang tengok saya pakai mesti lagi cantik tau"
SUAMI : " Alaa... semua mekap sama je
ISTERI : " Abang tunggu kejap aa saya pegi pakai"
SUAMI : " Makkk!! Hantuuu!!

DIALOG 3

SUAMI : " Cuti sekolah ni jom kita bawak anak balik kampung saya"
ISTERI : " Balik kampung saya la bang"
SUAMI : " Laa apa hal pulak balik kampung awak pulak"
ISTERI : " Saya pun nak jugak jumpa orang tua saya bang"
SUAMI : " Awak ni dah buang tebiat ke Yam. Dari kita kawin dulu sampai sekarang kita  
           duduk dengan mak bapak awak kat KL ni tau"

DIALOG 4

ISTERI : " Bang. Ni ada kuih kak Kiah Jiran sebelah yang bagi"
SUAMI : " Hmm... rajin kak Kiah tu buat kuih bagi kita ye Yam"
ISTERI : " Haah la bang. Sedap pulak tu Kak Kiah buat kan?
SUAMI : " Haah sedap tapiii...
ISTERI : " Tapi kenapa pulak bang?
SUAMI : " Ntah bila la abang nak merasa kuih yang isteri abang buat pulak"


DIALOG 5

SUAMI : " Yam. Baju abang dah gosok ke? Abang nak pergi kerja ni"
ISTERI : " Dah bang. Ada tergantung kat tepi almari tu"
SUAMI : " Takde pun Yam. Baju semalam ada la"
ISTERI : " Alamak bang!
SUAMI : " Kenapa plak Yam?
ISTERI : " Saya lupa amik kat dobi la bang!"

DIALOG 6

ISTERI : " Hello bang! Yam ni. Abang balik beli makan ye. Yam malas masak la"
SUAMI : " Tak masak? Hmm... ye laa.
ISTERI : " Abang beli nasik goreng sotong, daging masak merah dan udang goreng     
                tepung tau"
SUAMI : " Ada satu lagi yang Yam lupa kirim tu"
ISTERI : " Apa dia bang?
SUAMI : " Tukang masak dia"

DIALOG 7

SUAMI : " Saya betul - betul kagum la dengan awak ni Yam"
ISTERI : " Kagum? Kagum apa bang?"
SUAMI : " Tiap kali saya balik kerja rumah sentiasa kemas"
ISTERI : " Ala bang ni. Saya ni kan isteri abang"
SUAMI : " Bayangkan la. Sampaikan dapur pun sentiasa nampak baru"
ISTERI : " Yela! Ye la! Saya pegi masak la ni!"

DIALOG 8

ISTERI : “ Bang. Cantik cincin ni kan?” Tengah ada duit ni beli la bang”
SUAMI : “ Nak buat apa beli cincin tu membazir je la”
ISTERI : “ Membazir apa pulak bang. Nanti berguna tau”
SUAMI : “ Berguna apanya. Bukan buleh di makan pun”
ISTERI : “ Elleh! Bila time abang sesak, abang gadaikan jugak macam selalu tu”

Khamis, 16 Jun 2011

Biodata IBLIS



Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah SWT
Status: Fasiq kelas pertama(first class)
Agama: Kafir
Tempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah SWT
Tempat tinggal: Neraka Jahanam
Hobi: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX



Status Perniagaan

Modal perniagaan: Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat: Umat Islam
Moto :"HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Kelemahan: Istighfar
Kroni: Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat kotor lagi menjijikkan
Gaji: Dosa

Lempeng kelapa dengan kari ikan..

                          
                                                                                

Lempeng

  


Kari ikan


Isnin, 13 Jun 2011

Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

Adalah dibolehkan sekiranya sekumpulan (lebih dari seorang) lelaki (yang baik) yang dikenali dan tidak mungkin melakukan perkara yang buruk untuk menemui seseorang wanita.

Pernah suatu ketika sekelompok orang dari Bani Hasyim masuk (ke rumah) Asma’ binti ‘Umais, lalu Abu Bakar ash-ShiddiQ datang (di mana Asma’ adalah isterinya), ia membencinya lalu menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan kemudiannya Abu Bakar menjelaskan, “Aku tidak melihat melainkan kebaikan”. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya Allah telah membebaskannya.” Seterusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di atas mimbar lalu bersabda,

“Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun laki-laki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita di ketika suaminya tiada melainkan jika ia bermasa seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2174)

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahuakbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:
  • Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
  • Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik.. Insya-Allah.
  • Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
  • Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah."
  • Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
  • Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
  • Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
  • Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
  • Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara.
  • Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
  • Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
  • Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

----------------

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.

Pesanan Buat Wanita

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w:
i) Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii) Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii) Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv) Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v) Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"

100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

Wallahua'lam

Bila kita...

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Beza SUKA dan CINTA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...

Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...

Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita...
Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berubah menjadi airmata..


setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi

CINTA ibarat sebuah rumah....
 Tak perlu cantik..
Tak perlu mewah..
Yang penting.. kita bahagia didalamnya..

Cintakan bunga, bunga akan layu
Cintakan manusia, manusia akan mati
Cintakan Allah , akan kekal abadi <3